Blockbuster Deals!!

Wednesday, December 19, 2012

si halus yang tak reti duduk diam

Assalamualaikum,

Aisy dah nak masuk 9 bulan 21/12/12 ni. Macam-macam lah ragam nye sekarang. Memang dah macam ulat sebab tak reti duduk diam. Dah lah badan halus pastu tunggang terbalik ikut suka hati dia. Sekarang ni Aisy Rania dah pandai duduk. Mula-mula dia nak belajar duduk memang payah lah tengok dia terkial-kial. Siap angkat bontot tinggi-tinggi sebab nak lipat kaki dia. Mommy memang tengok je lah kan and tak tolong pun. hoho.. Sampailah 2 minggu lepas dia dah dapat duduk sendiri. Kemain ligat sekarang.

Pastu bila dah boring duduk, ikut suka hati dia rebahkan kepala dan badan dia kat lantai. Nasib lah lapik tilam. Kalau tak lapik, berdentum la kepala tu ke lantai. Adoi laa.. seriau mommy! Mommy nak rakam aksi dia duduk and terlentang pun tak sempat nak rakam detail. Takpelah, yang mana ada je untuk rekod mommy. hihi..



Selalu, before pergi kerja neny or atuk Aisy akan dukung Aisy and ajar Aisy lambai bye-bye ke mommy and daddy dia. Selama ni buat dunno je bila mommy daddy lambai. Tapi sekarang tangan dia asyik melambai je plak tak kira siang malam. Dah mula la pelajaran baru dia tu. Orang pergi toilet pun nak bye-bye. Comel je..hahaha.. Pagi tadi dh mula pandai dah nangis2 nk ikut mommy kerja. Siap jengket2 kaki bila atuk pegang nak ikut. Puaslah mommy dia nk pujuk before pergi kerja lepas ni. huhu

Lagi satu skrg, dia dah pandai dah tarik2 tape pelekat  pampers dia tu. Kemain susah dah nak pakai kan pampers. Orang lekat pampers dia cabut. Sampai mommy dia jerit la "Kang Aisy poo poo pegi cangkung kat toilet ye???!!, Pandai sangat cabut2 pampers." huhu..

Wednesday, December 12, 2012

Majlis Aqiqah Aisy Rania

Assalamualaikum,

It's 12.12.12 yo!!!

Ok. Baik stop cerita pasal tarikh keramat ni..hihi.. Mari bercerita pasal majlis aqiqah Aisy. Sebenarnya, dari lps Aisy Rania lahir mommy dia dah sibuk nak buatkan aqiqah dan berendoi utk dia. Konon nak buat mini pelamin bagai untuk pengantin kenit ni. Tapi apakan daya..hasrat tak berapa tercapai.. huhu..

Takpe yang penting adalah aqiqah tu sendiri. Dah setel tu dah lega mommy. 8.12.12 daddy aisy balik pilah untuk sembelih kambing. Sesudah sembelih,daddy bawak daging kambing ke seremban sbb atuk aisy mmg pakar masak kari kambing. :-) Hana n family di Kajang plk busy siapkan semua benda utk favor and makanan atas dessert buffet. Wawawaaa..tak tidur malam ko siapkan deco sume. Nak jahit reben atas jar tu pun dh sampai nk timbul muscle lengan. 100jars pastu reben nk berdouble konon nk kaler kontra bagai. haaa..hambek ko 3hari 3mlm x tido siapkan reben aje..huhu.. Nasib amek cuti 3hari direct before event. Dpt la buat apa yg patut. Tu pun neny dia dah bebel2 sbb byk benda nk disiapkan. Dgn order dari client SSB lagi. Maklumlah cuti skolah maknanya rezeki SSB bertambahla sikit sebanyak..Alhamdulillah..

Penat buat reben je.. belum kira penat nak masak kek lagi..hukhukhuk 

Pagi kol 4am 9.12.12, mommy bangun lps tido 2jam sambung buat bunga dr crepe paper. Ya ampun..nk buat sekuntum pun berejam. payah jgk sbnrnya..huahuahua..i ingat crumple2 je dh siap.. cehh.. seksa jgk sbb sume nk buat last minit. Dptla brp kuntum je. Konon nk buat penuh la kat backdrop. Tapi nan hado..nasib ada props lain yg blh ditambah bg backdrop x kosong..hihi.. Lps subuh baru nk siap pasang backdrop. Pkl 10am org marhaban nk smpi. Aisy dgn blm mandi n mkn.. Sume org kelam kabut. Neny sibuk kt dapur,daddy n uncle psg kerusi meja bwh khemah.. auntie lesap ke kl print gambo.  Nasiblah sempat siap mandi sume sblm org marhaban dtg. Tu pun masa diorg berzanji i sibuk duk letakkan kuih kat atas meja dessert n tgk lauk2 yg makcik and FIL masakkan.

Ni group Nur Mawaddah dari Semenyih I import. hihi..Nasib ada cousin yg dalam group ni. Last minute deal and ustazah nya available. Lega! Pakej berbaloi.. RM300 sahaja ada bacaan Yassin, 9 lagu marhabban berzanji, doa semua.

Dah selesai berzanji tibalah giliran I kena dukung Aisy kat tgh2 org marhaban tu. I dh blur nk buat apa sbb takde experience. Rupanya kena jalan keliling dgn baby sbyk 3x. Motif I tak tahu..huhu.. Lps tu dah jln keliling assisstant I, kak siti(jiran) tlg pegangkan dulang kaca berisi air kelapa,air beras dan gunting. Time untuk cukur jambul Aisy. Sbnrnya tak plan pun utk cukur jambul sbb aisy dah dicukur botak masa 7hari lps dia lahir. Tp dh disebabkn pakej dr kumpulan marhaban,alang2 buat terus. Nasib rambut aisy panjang.. so x jejas sgt even dh digunting. hihi.. Masa gunting rambut ni la org akn letak sedekah kpd baby dlm dulang kaca tu. Tak tau pun adat sebenar. Tahu org sebut je cukur jambul. hihi..


Taraaa..ni la pengantin kenitnya. Nasib la mood dia ok sgt! and dia tak meragam tgk org ramai2 nyanyi2..hihi

ini masa turn daddy potong.. tgk pengantin dah selebet! hahaha.. Ini je gambar lengkap family yg ada ye..huhu..

Us with the marhabban group.

Untuk dessert buffet mmg kelam kabut sikit. Sbnrnya ada choc fountain tp dh xsempat nk keluarkan sbb org dtg dh serbu mknn kt situ. Fruit skewers dh nk hbs even takde choc pun. hahaha.. Brownies letak bbrp minit dh lesap. Pastu letak strawberry with custard tart pn hbs. Last skali baru letak heart shape caramel choc brownies cake ni. Owh lupa... actually 9.12.12 ni wedding anniversary hana n husband yg ke-2. :-) Syukur dipanjangkan jodoh dan dilimpahkan rezeki. So, mommy daddy tumpang skali la nk celebrate anniversary kt majlis Aisy ni..hahaha.. Masa potong kek ni Aisy dh cranky2 nk tido. Tak dpt nk bergambar bertiga.huhu..

masa ni brownies dah lesap..

masa ni plak kek ngan tart belum bawak keluar..

kalo bawak kek ni awal2 confirm tak sempat feeling2 berdua-duaan potong kek..hahaha

pengantin lama mengidam sgt nk feeling2 mcm pengantin baru kahwin =p

Alhamdulillah.. even majlis x seberapa tp tetamu sume puji makanan dan dessert sedap! Kari kambing ayh mertua masak mmg kaww.. Ramai yg menambah2 mkn. Kat dessert buffet lagi la plk. Tak sempat pun nk snap full picture penuh makanan. Hoho.. org dh dtg mkn sblm tokey siap isi mknn.. Takpe.. yg penting sume suka.. Syukur dah..

Lepas dah hajat mommy nk buat majlis untuk pengantin kenit ni. Nanti buat birthday party plk ye?? hahaha.. Thanks untuk semua tetamu yg hadir dan sponsors2 utk majlis aqiqah Aisy Rania..

Baju pengantin kenit: Butik Rona-rona, BBB Seksyen 7
Baju daddy mommy pengantin: Recycle raya =p
Cenderamata tetamu: Sedapsedapbelaka
Dessert buffet, cake and deco: Sedapsedapbelaka
Easel stand: Ihsan dari SK.. Thanks dear!
Foods: Anam catering (0193406817)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, December 4, 2012

Si halus..

Assalamualaikum,


Di petang yang hening bening

Tersimpan rasa terkunci kata

Anak yang dikandung kini seiring

Dengan masa dan perkembangannya


Lapan bulan membelai lembut

Tiada lagi ingin dipeluk

Sungguh cepat masa merebut

Ibunya rindu mengasuh elok


Ta ta pa pa terungkap nada

Si halus kini petah berbicara

Tatkala ibunya bermain bersama

Menunggu saat dipanggil 'ma ma'


Indah sungguh ciptaanNya

Diperlihatkan satu persatu keletahnya

Kasih ibu hingga ke syurga

Mohon si anak tidak melupakannya


Published with Blogger-droid v2.0.3