Blockbuster Deals!!

Friday, June 5, 2015

Arsh Razin VBAC labour story - Part 2

Continue from Part 1..

Petang 27/5/2015

Dengan sakit contraction yang dtg 5 min sekali tu hana tetap jalan kaki ke kereta dan terus ambil Aisy kat rumah member. Kesian Aisy sekejap2 kena hantar kat rumah member tu. Member hana tu haritu lain plak kata dia midwife memang tahan dia duduk wad. Takpelah redha je lah.. Dengan harapan balik rumah boleh percepatkan bukaan. Terngiang-ngiang kata 2nd midwife tu, dia cakap "with this blood show and inconsistent contraction, it might take 2-3 days more". Dalam hati menyumpah WTH!! Sakit separuh nyawa ni nak kena tahan lagi 2 hari ke? Astaghfirullah ngucap ngucap.. huhu..

Hubs kepenatan sebab semalaman berjaga. So, balik petang tu memang dia rest betul2. Hana je duk breath in breath out uhh ahh uhh ahh kat bilik. Konon nak try pejam mata, tapi memang tak boleh. Pejam je sakit contraction tu datang. Setiap kali datang sakit tu hana bangun duduk kadang berdiri. Reda je nak curi2 tidur konon nak bagi ada tenaga tak nak penat sangat. So, layan je lah bila dtg contraction tu.

Dalam pukul 10pm camtu sakit memang tak tertahan dah. Tapi tak de lah gap 2min sekali lagi. Pesan midwife tu kalo 2min sekali baru dtg hosp. So, hana tahan je lah sambil pejam mata buat breathing. Sekali datang contraction yg perghh hana bangun duduk sambil panggil hubs, "abg tak tahan lah..". Dia tanya sakit mcm mana. Adui susah betul nak explain kalo tanya2 ni. Sekali tiba2 'pop'.. basah lencun tilam... Hana jerit, abg dah pecah ketuban.. Hubs dgn relax, hah ok jom g spital. Dia siap2 ambil beg aisy semua. Buat susu aisy. Hana tukar baju tukar seluar siap2 pakai pad. Dalam toilet keluar lagi air. So, nasib bila jalan dan dalam kereta tak keluar dah. Hantar Aisy kat rmh member terus shoot ke hospital. Nasib baiklah kat Toowoomba ni tak macam kat KL. Jalan ke hospital hanya ambil masa dalam 5-8min dengan jarak 5km je dari rumah. Bila air ketuban dah pecah ni, masyaAllah sakitnya memang power gilsss.. Memang harap cepatlah sampai hospital. Hubs kat sebelah suruh zikir2 selawat apa semua.. Hana diam sambil sesekali mengerang tahan sakit. Dalam hati mmg bacalah apa yang patut.

Lbh kurang pukul 11pm sampai hospital. Hubs parked kat emergency. Dia bukak pintu tanya boleh jalan tak? Hana geleng sekuat tidak. Mana taknya air ketuban dah pecah ni dah rasa nak meneran je ni.. Lagi mau tanya boleh jalan ke? hahaha.. Terus dia masuk dalam and hospital attendance yang sama yang bukak pintu semalam, keluar bawakkan wheelchair. Hubs papah duduk atas wheelchair dan HA tu tolak naik tingkat tiga masuk birth suite. Sampai birth suite, hana disambut oleh midwife terus dia suruh baring atas katil kad screening ward. Hana ingat dah pecah ketuban terus tolak masuk LR, tapi tidak. hoho.. Midwife pasang ctg dalam setengah jam kot. Nak tgk heart beat baby. Dalam masa yang sama hana mmg tak boleh tahan dah. Nak meneran je. Buat breathing sesekali nak bagi control untuk tak teran sangat tak boleh lah pulak! hadoi! Hubs kat sebelah cakap tahan sikit je lagi jangan teran dulu.. Ehhhh! Midwife tu relax je tak cakap pun suruh tahan2 tau. En somi plak suruh tahan2. hahaha.. Midwife tu dah nampak reaction body hana begitu, dia pun cakap.. "Your body physiology seems to want you start pushing, hey?" Hana angguk je. Terus dia buat VE. Buat VE, ok you already fully dilated. Can you stand and I will push you with the wheelchair to the LR. Adoi.. ni yang payah ni. Dgn surge dgn rasa nak push nya disuruh bangun duduk bangun ni yang seksa ni. Tapi kuat kan jugak diri ini.

Hubs papah naik katil kat LR. Mula2 posisi biasa 45degree duduk posisi bersalin biasa. Dalam LR tu midwife tu seorang sahaja yg assist hana for labour. Dia siap2 semua barang, pastu dia bgtau, "I need to put the ctg on the baby's head cause you have a history of caesarean so we need to keep track with fetal heart beat closely and we need to put this canula to standby if anything happen". So, hana pun angguk je. Baring je atas katil terus je hana push.. Masa tu dalam pukul 12 tgh malam dah rasanya. Try push tapi tak pandai mula2 tu. Push lagi hubs kata dah nampak rambut baby tapi tersedut balik sebab push tak cukup panjang. Sambil genggam tangan hubs sekuat tidak, sambil pushhhhhh.. Midwife tu cakap, you did a great job. I need you to give a really big push.. Adalah dalam 3-4 kali push tapi tak berjaya jugak. Midwife tu pun cakap, "Siti, I need you to stand on your knee facing the wall. I hope that with this position, the gravity will help you to give birth". Ermmm.. punyalah payah, tapi gigih kan jugak. Hubs kata dengar cakap midwife tu. Mcm mana dia ajar. Dalam hati, ermm napelah aku nak VBAC ni? Tapi cepat2 positifkan balik minda, hana yakin hana boleh. So hana pun bangun pusing sambil peluk katil. Nampak hubs lega gila bila lepaskan tangan dia. Cissss.. hahaha.. Dah ambil posisi, midwife bgtau I need you to give a 3 reslly big pushes. Hana ambil nafas panjang2 push selama yang boleh... Midwife cakap ok, one more.. Push lagi keluar kepala baby cakp, I can see your baby thick hair already. Ok, Siti a lil bit more.. Pushhhhhh... sampai rasa sakit crowning kot yg org duk cakap2 tu. Pastu kepala baby dah keluar. Masa ni, midwife tu offer.. "Siti, do you want to have a mirror to look down at your baby?" . Hana terus cakap, NO!!! hahaha.. aku dah lah penakut nak suruh tgk apa jadi kat bawah plak lah.. hahaha.. bila ingat balik, lawak plak rasanya. Lepas tu rasa lah pedih2 tu, midwife suruh curik2 nafas untuk keluarkan bahu. Hana ikut je lepas tu tak lama pop baby keluar meluncur bawah tu midwife sambut.
so, ini lah position nya masa hana bersalin.

So, recorded delivery time at 0129, 28/05/2015. You've done a really great job, Siti! Sambil midwife tu tarik baby dan tunjuk.. Look what baby u have? It's a boy! Hana terus ucapkan syukur, subhanallah, alhamdulillah. Daddy dia muka bersinar2 sebab yang keluar team daddy. Mana taknya, selama ni tertanya2 lah gender. Akhirnya bila keluar tu dan dapat plak baby boy memang gembira tak terkata. Sepasang sudah anak mommy. hihi.. Midwife terus letak baby kat dada skin to skin. Tak lama lepas tu placenta pun keluar. Midwife tunggu beberapa minit baru clamp cord and minta hubs potong tali pusat. Daddy pun potong. 1st time pengalaman daddy dapat potong tali pusat anaknya sendiri. Terus dia kucup dahi hana lepas tu. ececeh..

Masa ni hana belum keluar lagi placenta.. Terpegun sekejap sbb tadi dalam perut ni dah keluar tgk dunia.. hihi

so, inilah dia.. baby boy fresh from oven, yang diberi nama Arsh Razin. 

weight, 3.09kg.

1st night dalam maternity ward, Harbison J20, Toowoomba base hospital.

Ini masa first time kakak jumpa adik. Mula2 memang dia tak nak pun dekat. Sekarang sikit2 nak kiss. hihi..

Breakfast day 1 kat hospital.

Dinner day 1.. ada ice cream you! hoho.. Hana order vegetarian meals and halal. Semua sedap2 dan berkhasiat.

Alhamdulillah, kali ini semuanya dipermudahkan dan Allah makbulkan doa hana untuk dapat VBAC. Dan yang paling tak sangka, hana tahan sakit dan tak ambil apa2 drugs (no pethadine/pitocin or epidural). Bukan tak nak ambil tapi memang tak dioffer pun. huhu.. Bacaan dan tips2 dari pengalaman orang sedikit sebanyak membantu. Hana rasa pregnant kali ni hana lebih aktif dan hana solat berdiri sampai lah penghujung. Kalau dulu, dah 7-8 bulan hana solat duduk dah. Maybe sebab tu aisy awal2 lagi tak pusing ke bawah dan breech. Maybelah.. Tapi apa2 pun dua2 pengalaman berbeza. Dapat lah rasa dua2 czer dan normal. Pengalaman jadi ibu ni memang amazing sangat tambah lagi dah anak dua. Iskkk.. macam tak percaya! hihihi..

Iskk.. dah panjang sangat. oklah bye! hahaha

6 comments:

anez zamri said...

tahniah hana!seronok baca pengalaman bersalin hana..comel sangat baby arsh

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah dapat jugak bersalin secara normal..syukur
dan tahniah once again

diary_ciknaa said...

wah..terpegun kejap bersalin kt negara orang..hihi.slmt berpantang hana..

mrs kayrul said...

first time tau ada cara bersalin macam tue....selamat berpantang hana

yanamib said...

i baca smpi habis..pfftt! sbb nk belajar tang vbac tu...doakan i pn dpt vbac utk yg kedua ni...amin amin.. :)

aida said...

Great experience for a great mommy. Syukur Alhamdulillah